Pemotongan kambing aqiqah untuk warga muslim singapore

aqiqah-pak-ayub-singapore“Terima kasih ya pak atas perlaksanaan aqiqah nya dengan sempurna. Insyaallah, kepada sesiapa yang tolong mengerjakan ibadah ini mendapat hidayat dan barakah. Amin.” (Bapak Ayub- Singapore)
Alhamdulillah pemotongan 9 ekor kambing aqiqah unttk warga muslim dari singapore “Keluarga besar dr bpk Ayub” telah dilaksanakan di desa tipar cimareme kab. Bandung barat.
Ya Allah, hak milik Engkau jualah  segala yang ada di langit dan di bumi. Engkau mencipta apa yang Engkau kehendaki. Engkau mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa..
Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah mengurniakan seorang anak lelaki/perempuan kepada pasangan ini (sebut nama kedua ibu bapa kanak-kanak). Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada kedua ibubapa ini hidayah, petunjuk dan taufik Mu agar mereka berdua dapat menjalankan amanah yang Engkau berikan kepada mereka ini dengan keimanan dan takwa kepada Mu. Ya Allah, kurniakan lah kepada mereka berdua kekuatan dan keyakinan untuk mendidik dan membesarkan anak mereka ini sebagai hamba yg taat dan patuh kepada perintah2 Mu. Ya Allah, Engkau bimbing lah mereka berdua diatas jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah terimalah aqiqah ini, terimalah sedekah ini, semoga menjadi jalan kebaikan untuk Bapak Ayub dan keluarga. Aamiin.

Leave a Reply

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.